Cari:
China, Kazakhstan Sejajarkan Strategi Dasar Ekonomi
2015-05-08 11:29:15 CRI Cetak

China bersedia untuk menyejajarkan inisiatif Zon Ekonomi Jalan Sutera (SREB) dengan dasar ekonomi baharu Kazakhstan "Jalan Terang" atau Bright Road untuk mewujudkan kemakmuran dan pembangunan bersama.

Demikian dinyatakan Presiden China, Xi Jinping semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev di Astana semalam.

Xi berkata, kedua-dua negara telah banyak memperoleh manfaat daripada inisiatif SREB yang diketengahkan beliau sempena lawatan ke negara tersebut pada bulan September 2013. Oleh hal yang demikian, Beijing dan Astana perlu terus memacu pelaksanaan program kerjasama antaranya termasuklah kemudahan asas, sumber tenaga, kewangan, kebudayaan dan keselamatan.

Presiden Xi juga menambah, selaku negara pengerusi Persidangan Interaksi dan Langkah-langkah Membina Keyakinan di Asia (CICA), China mempelawa Kazakhstan untuk memanfaatkan platform CICA demi mewujudkan persepakatan, perpaduan dan saling mempercayai. 

 

Nazarbayev turut membalas, pihaknya menyokong saranan Xi mengenai pembinaan Komuniti Berkongsi Masa Depan di Asia kerana hal tersebut bukan sahaja sepadan dengan arus zaman, malah selaras dengan kepentingan negara-negara serantau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China