Cari:
Persaingan Sengit antara Calon PM Britain
2015-05-08 14:34:06 CRI Cetak

Kira-kira 50 juta penduduk Britain keluar mengundi semalam dalam Pilihan Raya Umum yang menyaksikan persai­ngan sengit antara pemimpin Parti Konservatif, David Cameron dengan Ed Miliband dari Parti Buruh untuk bergelar Perdana Menteri.

Menurut tinjauan pendapat ICM untuk akhbar The Guardian, Parti Buruh mendahului tipis sokongan dengan 35 peratus, diikuti Parti Konservatif yang memperoleh 34 peratus.

Buat masa ini, Cameron mahupun Miliband masing-masing masih mempunyai peluang menjadi Perdana Menteri, bergantung pada pakatan yang dibentuk bersama sekutu masing-masing.

Penganalisis politik meramalkan, kerajaan baharu Britain bakal dibentuk menerusi pakatan beberapa buah parti, sama seperti lima tahun lalu.

Keputusan penuh bagaimanapun akan diumumkan pada pukul 12 tengah malam waktu tempatan (8 pagi waktu Malaysia) esok dengan keputusan terakhir dikeluarkan selewat-lewatnya petang esok.

(sumber Utusan Online)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China