China dan Rusia secara sebulat suara bersetuju mahu hasil kemenangan Perang Dunia Kedua (WWII) serta keadilan dan kesaksamaan antarabangsa dapat dipelihara dengan baik.
Presiden China, Xi Jinping dalam pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Rusia, Vladimir Putin di Istana Kremlin malam tadi mengulangi lagi tujuan aktiviti memperingati ulang tahun ke-70 kemenangan WWII yang masing-masing bakal diadakan di China dan Rusia adalah untuk mengingati sejarah, memberikan penghormatan kepada generasi pelopor yang terkorban, sekali gus menghargai keamanan dan ketenteraman yang susah dicapai serta membawa masa depan yang cerah kepada seluruh manusia.
Ketika menyentuh tentang kerjasama pragmatik, kedua-dua pemimpin negara ini memutuskan untuk menyejajarkan inisiatif Jalur Ekonomi Laluan Sutera (SREB) anjuran China dengan Kesatuan Ekonomi Eurasia (EAEU) anjuran Rusia.