Cari:
Hubungan China-Rusia Diperkukuh Lagi
2015-05-10 13:59:01 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping memuji aktiviti memperingati ulang tahun ke-70 kemenangan Perang Patriotik Soviet yang diadakan di Lapangan Merah, Moscow semalam sebagai memperlihatkan pencapaian cemerlang rakyat Rusia dalam usaha pembangunan negara, sekali gus menunjukkan keyakinan Moscow untuk memelihara ketenteraman dunia bersama-sama dengan pelbagai negara.

Demikian dinyatakan beliau semasa pertemuan dengan Perdana Menteri Rusia, Alexander Medvedev di Moscow semalam.

Xi berkata, inisiatif Jalur Ekonomi Laluan Sutera (SREB) telah mendapat sambutan yang positif daripada pihak Rusia, sejak ia diketengahkan pada September 2013. Justeru itu, SREB tersebut akan disejajarkan dengan visi Rusia iaitu Kesatuan Ekonomi Eurasia (EAEU) untuk memperoleh lebih banyak manfaat.

Beliau juga menekankan mustahaknya kedua-dua negara memperkasakan kerjasama dalam ekonomi, perdagangan, projek kereta api berkelajuan tinggi (HSR) dan penerbangan, selain memanfaatkan Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB) dan Tabung Laluan Sutera untuk mempergiat kerjasama kewangan Timur Jauh.

Sementara itu, Medvedev mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih atas kehadiran Presiden Xi dalam aktiviti perayaan berkenaan, dan menghargai prestasi pasukan tentera China dalam perbarisan di Lapangan Merah.

Memandangkan hubungan Rusia-China kini berada pada tahap yang paling baik, Medvedev berharap agar komunikasi dan penyelarasan dalam pelbagai bidang antara pelbagai lapisan masyarakat kedua-dua negara dapat terus dikekalkan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China