
Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak beserta dua anaknya dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dalam perbicaraan semula terhadap kes penyalahgunaan modal kerajaan, Sabtu lalu.
Peguam Mubarak dilaporkan akan merayu terhadap keputusan itu.
Terdahulu dalam perbicaraan awal, mereka telah pun dijatuhi hukuman tiga tahun untuk pertuduhan sama, namun dibatalkan mahkamah rayuan.
Mereka bertiga ditangkap pada tahun 2011, beberapa bulan selepas Mubarak digulingkan dalam pemberontakan.








