Cari:
Putin: Standard Yang Sama Harus Ditetapkan
2015-05-11 14:21:50 CRI Cetak

Presiden Rusia, Vladimir Putin berkata, standard yang sama harus ditetapkan bagi menilai peristiwa penting di dunia termasuk konflik.

Demikian dikatakan Putin ketika ditemui Canselor Jerman, Angela Merkel di Moscow semalam.

Menurut beliau, jika mengambil standard yang berbeza untuk menilai satu perkara, pihak-pihak yang berkaitan mustahil mencapai persetujuan. Beliau menegaskan, penanganan hal ehwal dunia tidak boleh melalui kekerasan, sebaliknya melalui persefahaman dan persetujuan antarabangsa.

Semasa menyebut krisis Ukraine, Putin berkata, mekanisme rundingan yang disertai Rusia, Jerman, Perancis dan Ukraine merupakan saluran yang penting bagi penyelesaian krisis negara itu secara damai.

Merkel pula berkata, walaupun Jerman dan Rusia mempunyai percanggahan pendapat dalam isu Ukraine, namun kedua-dua negara itu berpendirian untuk menyelesaikan krisis berkenaan melalui saluran diplomatik secara damai.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China