China berharap agar AS membuang mentaliti perang dingin, memandang pembangunan ketenteraan China secara objektif dan rasional, serta berhenti daripada mengeluarkan sebarang kenyataan yang tidak bertanggungjawab.
Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying berkata demikian ketika mengulas "Laporan Pembangunan Ketenteraan dan Keselamatan China Tahun 2015" yang dikeluarkan oleh Jabatan Pertahanan AS.
Hua Chunying berkata, laporan AS itu turut menyiarkan "ancaman ketenteraan China" dan kenyataan yang tidak rasional mengenai tindakan pemeliharaan wilayah dan kepentingan China.
Beliau menambah, China mengamalkan dasar pertahanan bersifat defensif dan merupakan kuasa penting dalam mewujudkan kedamaian dan kestabilan serantau malah dunia.