Cari:
Kabinet Pimpinan Parti Konservatif di Britain
2015-05-11 13:26:36 CRI Cetak

Jabatan Perdana Menteri Britain semalam mengumumkan bahawa Perdana Menteri, David Cameron telah menyelesaikan penubuhan kabinet yang baharu. Ini merupakan kabinet yang semua anggotanya dari Parti Konservatif yang pertama sejak 18 tahun lalu.

Menurut keputusan pilihan raya parlimen yang diadakan pada 7 Mei lalu, Parti Konservatif pimpinan David Cameron telah memperoleh lebih separuh kerusi yang dipertandingkan dan layak untuk menubuhkan kabinet parti itu.

Menteri Kewangan, George Osborne, Menteri Luar, Philip Hammond, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Theresa May dan Menteri Pertahanan, Michael Fallon dikekalkan jawatan masing-masing, manakala George Osborne juga dilantik sebagai Ketua Menteri.

Selain itu, lebih sepuluh menteri dan pegawai kanan dari Parti Liberal Demokrat dalam kabinet lalu telah mengumumkan peletakan jawatan masing-masing.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China