Cari:
Lalu Lintas di Kawasan Gempa Bumi Tibet Lancar Semula
2015-05-11 17:07:46 CRI Cetak

Jalan raya yang menyambungkan pekan Jilong, Tibet ke pintu keluar masuk Jilong di sempadan China-Nepal yang terputus sejak 13 hari lalu dibuka semula semalam. Pelbagai barang bantuan dan mesin besar diangkut melalui pintu tersebut hari ini.

Setakat ini, sebanyak 58 ribu orang dan 2,700 buah kenderaan terlibat dalam kerja-kerja menyelamat di wilayah Tibet. Komunikasi di kawasan bencana kembali berfungsi dan bantuan sedang dihantar ke kawasan bencana secara beransur-ansur. Hampir 26 orang dilaporkan terkorban, manakala 850 mangsa yang cedera dalam gempa bumi tersebut telah mendapat rawatan dengan segera.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China