Datuk Lee Chong Wei membuat kepulangan sempurna selepas bebas daripada penggantungan apabila mencatat kemenangan dan membantu Malaysia mengejutkan juara tiga kali, Republik Korea 3-2 dalam aksi pembukaan kejohanan badminton Piala Sudirman di Dongguan, China semalam.
Chong Wei, yang menjadi tumpuan utama kejohanan sejak dibebaskan daripada penggantungan lapan bulan tidak menghadapi masalah untuk menumpaskan pemain Korea, Lee Dong Keun 21-12, 21-10 dalam tempoh 45 minit untuk menghadiahkan mata kedua Malaysia. (Sumber dari Utusan)