Cari:
Mesyuarat Meja Bulat CICA ke-3 di Shanghai
2015-05-12 15:03:21 CRI Cetak

Mesyuarat Meja Bulat kumpulan pemikir Persidangan Interaksi dan Langkah-langkah Membina Keyakinan di Asia (CICA) ke-3 berakhir di Shanghai hari ini. Isu keselamatan dalam "strategi Laluan Sutera" menjadi tumpuan para peserta dalam mesyuarat tersebut berikutan China menggalakkan penyertaan negara-negara jiran di Asia dalam rangka gagasan "Satu Jalur dan Satu Laluan" (OBAOR).

Menurut pegawai kanan Kementerian Luar China, Xing Fangfang, China telah memberikan sumbangan besar dalam mengintensifkan kerjasama CICA dalam pelbagai bidang, membaiki pembinaan mekanisme, meningkatkan hubungan luar dan menerima anggota baharu. Hasilnya Belarus baru menjadi negara pemerhati CICA. Semua usaha tersebut membantu menggalakkan perkembangan CICA.

Mesyuarat Meja Bulat kumpulan pemikir CICA ke-3 anjuran Institut Kajian Antarabangsa Shanghai berlangsung selama dua hari. Sarjana dari China, Malaysia, Pakistan, dan negara-negara lain mengadakan rundingan yang mendalam mengenai topik "kerjasama keselamatan Asia: agenda, konsep dan mekanisme".

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China