Cari:
PBB Tingkatkan Bantuan di Yemen
2015-05-13 16:39:54 CRI Cetak

Jurucakap Setiausaha Agung Pertubuhan Bang-Bangsa Bersatu (PBB), Stephane Dujarric berkata semalam, agensi PBB di Yemen telah bersedia untuk meningkatkan bantuan kemanusiaan di negara itu sebaik sahaja gencatan senjata mula dilaksanakan.

Dujarric berkata, serangan udara, bom dan konflik terus melanda daerah Saada, kawasan utara Yemen dalam tempoh 24 jam lalu dan mengakibatkan 13 orang terbunuh atau cedera. Namun kenyataan beliau masih belum disahkan.

Menurut Agensi Pelarian PBB (UNHCR), sebuah kapal kargo yang membawa barang bantuan telah tiba di Pelabuhan Hodeidah, Yemen. Selepas gencatan senjata dimulakan, UNHCR akan meningkatkan bantuan. Dijangka 250 ribu orang Yemen akan mendapat bantuan.

Pada masa yang sama, pasukan elit Arab Saudi telah menyelesaikan penempatan di sempadan negara itu dengan Yemen, untuk menangani serangan yang mungkin dilancarkan oleh militan Houthi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China