Presiden China, Xi Jinping kembali ke tanah air selepas menghadiri upacara memperingati ulang tahun ke-70 kemenangan Perang Patriotik Soviet yang diadakan di Moscow dan lawatan rasmi ke Rusia, Belarus dan Kazakhstan.
Presiden Xi berlepas dari Minsk pagi semalam waktu tempatan. Presiden Belarus, Alexander Lukashenko dan beberapa pegawai kanan kerajaan mengucapkan selamat jalan di lapangan terbang. Pemimpin kedua-dua negara menyatakan akan berusaha melaksanakan konsensus yang telah dicapai semasa lawatan tersebut dan terus menggalakkan perkembangan hubungan antara dua negara.