Cari:
Rusia, AS Sepakat Gesa Pelaksanaan Perjanjian Minsk
2015-05-13 14:14:38 CRI Cetak

Rusia dan AS telah mencapai kata sepakat untuk menggesa pelbagai pihak yang terlibat dalam konflik di Ukraine untuk melaksanakan Perjanjian Minsk.

Demikian dikatakan Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov ketika mengadakan rundingan dengan Setiausaha Negara AS, John Kerry di Moscow semalam. Presiden Rusia, Vladimir Putin turut menyertai rundingan tersebut.

Dalam sidang akhbar selepas rundingan, Lavrov menyatakan bahawa Rusia dan AS bersependapat bahawa krisis di Ukraine hanya dapat diselesaikan melalui saluran politik. Rusia dan AS akan memanfaatkan pengaruh masing-masing, menggesa pelbagai pihak di Ukraine melaksanakan Perjanjian Minsk.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China