Cari:
61 Orang Maut Gempa Terkini di Nepal
2015-05-13 15:20:31 CRI Cetak

Menurut Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Nepal, gempa bumi yang melanda negara itu semalam telah meragut 61 nyawa, manakala 1,261 lagi cedera.

Kementerian Pendidikan Nepal mengumumkan bahawa sesi persekolahan baharu ditangguhkan selama dua minggu, iaitu pada 30 Mei. Kementerian Kesihatan dan Kependudukan Nepal pula meminta pasukan perubatan asing agar tidak meninggalkan negara tersebut untuk sementara waktu.

Kini lebih 1,000 warga perubatan dari lebih 30 negara dan kawasan dibahagikan kepada 100 pasukan terlibat dalam operasi menyelamat di negara tersebut.

Menurut berita laman web Pusat Rangkaian Gempa Bumi China, gempa bumi yang berukuran 7.5 skala Richter melanda Nepal pada pukul 3.05 petang semalam.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China