Cari:
NATO dan Ukraine Bantah Penempatan Senjata Nuklear di Crimea
2015-05-14 14:41:15 CRI Cetak

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan Ukraine melahirkan kebimbangan terhadap Rusia yang "mungkin menempatkan senjata nuklear di Crimea".

Sidang Menteri Luar NATO dan Ukraine diadakan di Turki semalam. Dalam pengumuman bersama tersebut dinyatakan, Rusia patut menghormati undang-undang antarabangsa dan menghentikan aktiviti yang "menimbulkan ketidakstabilan di timur Ukraine".

Setiausaha Negara AS, John Kerry berkata, Rusia harus mematuhi perjanjian gencatan senjata Minsk yang baharu dan membenarkan pemerhati daripada Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah (OSCE) memasuki kawasan konflik untuk memantau pelaksanaan perjanjian gencatan senjata tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China