Pakar dan media dari Rusia, Malaysia, Mesir, Kenya, Syria, serta pertubuhan antarabangsa masing-masing mengemukakan kritikan terhadap keadaan hak asasi manusia di AS, antaranya termasuklah penguatkuasaan undang-undang yang keterlaluan, diskriminasi kaum, pengintipan oleh badan perisikan, penyeksaan dan lain-lain. AS diseru menyelesaikan isu hak asasi manusia yang semakin memburuk.
Pesuruhjaya Tinggi atas hak asasi manusia, demokrasi, dan isu perundangan Kementerian Luar Rusia, Konstantin Dolgov, mengkritik AS kerana tidak mengambil berat cadangan yang dikemukakan oleh Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) dan pertubuhan antarabangsa yang lain.
Mantan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Malaysia, Ei Sun Oh berpendapat, diskriminasi kaum telah wujud lama di AS. Pada masa yang sama, pengintipan AS terhadap negara lain juga mencabuli hak peribadi negara tersebut.