Duta Besar China ke AS, Cui Tiankai ketika diwawancara oleh wartawan di Washington semalam menyatakan bahawa tindakan China yang melibatkan Laut China Selatan adalah berasaskan kedaulatan negara. Oleh itu, negara lain tidak berhak untuk campur tangan. Pemikiran yang menjurus kekerasan atau perang dingin hanyalah pemikiran yang lapuk.
Terdapat media yang melaporkan bahawa tentera AS akan menghantar kapal perang untuk memasuki kawasan 12 batu nautika dari terumbu karang China di Laut China Selatan. Tindakan ini bertujuan untuk memperlihatkan kebebasan pelayaran.
Cui Tiankai menegaskan, China sentiasa menentang kapal dan pesawat perang AS menjalankan pengintipan di laut dekat dan zon ekonomi eksklusif China, dan tindakan AS menyalahi Konvensyen Undang-undang Laut PBB.