Cari:
IS Tawan Kompleks Kerajaan Provinsi Anbar
2015-05-16 14:47:00 CRI Cetak

Menurut pegawai badan keselamatan Iraq, militan Negara Islam (IS) telah menawan kompleks bangunan kerajaan provinsi Anbar yang terletak di bandar Ramadi, barat Iraq semalam.

Menurut pegawai yang enggan namanya didedahkan itu, 8 penyerang berani mati dari IS menyerbu masuk ke kompleks kerajaan provinsi Anbar dengan memandu sebuah kereta yang membawa bahan letupan, lalu meletupkan kereta itu. Kemudian, banyak anggota IS masuk dan bertempur dengan tentera Iraq sehingga menawan kompleks itu.

Pegawai itu berkata, kumpulan militan IS mula menyerang pusat bandar Ramadi malam Khamis lalu dan telah menduduki beberapa blok di bandar itu. Pertempuran mengakibatkan sekurang-kurangnya 20 tentera kerajaan terkorban dan 50 lagi cedera. Selain itu, IS turut menduduki bandar Hadissa, 200 kilometer dari barat daya Baghdad.

Menurut Agensi Berita Syria lagi, anggota IS memasuki sebuah kampung di timur laut Tadmor, tengah Syria semalam dan membunuh 30 orang penduduk tempatan, kebanyakan mangsa itu ialah kanak-kanak, wanita dan warga tua.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China