Presiden China Xi Jinping ditemui Setiausaha Negara A.S., John Kerry di Beijing hari ini.
Xi Jinping berkata, hubungan China-A.S. berkembang stabil pada keseluruhannya. Kerjasama perdagangan, pelaburan dan pertukaran lawatan kedua-dua negara mencipta rekod yang baharu pada tahun lalu. Kedua-dua pihak mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang yang penting seperti tenaga, ketenteraan, budaya dan lain-lain. Pada situasi terkini, kedua-dua pihak harus meningkatkan kerjasama, di samping mengawal dan menangani perselisihan dengan baik.
John Kerry pula berkata, A.S. dan China mengadakan kerjasama yang meluas dan menunjunkkan peranan penting semasa menangani masalah serantau dan dunia. Pada masa yang sama, kedua-dua pihak boleh mengawal perselisihan dengan baik dan boleh meningkatkan kerjasama lagi dalam bidang penanganan perubahan iklim, wabak Ebola, masalah nuklear Iran dan lain-lain.