Cari:
Li Keqiang Mula Lawatan ke Amerika Latin
2015-05-17 14:42:32 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang berlepas ke Brasilia, ibu negara Brazil pagi tadi untuk memulakan lawatan rasminya ke Amerika Latin dan kawasan Caribbean.

Atas undangan Presiden Brazil, Dilma Rousseff, Presiden Colombia, Juan Manuel Santos Calderón, Presiden Peru, Ollanta Moisés Humala Tasso dan Presiden Chili, Michelle Bachelet, Li Keqiang akan mengadakan lawatan rasmi ke empat negara tersebut. Selain itu, beliau akan singgah di Ireland dan Sepanyol.

Difahamkan, lawatan PM Li kali ini bertujuan untuk meneroka potensi kerjasama China dengan Amerika Latin. Dalam rangka lawatan kali ini, kedua-dua pihak akan membincangkan kerjasama perindustrian, pembinaan kemudahan infrastruktur, penubuhan kawasan perdagangan bebas, kerjasama ekonomi dan teknologi, dan sokongan kewangan. China dan pelbagai negara berkenaan turut akan memeterai dokumen kerjasama melibatkan sektor industri galian, sumber tenaga, pertanian, kewangan, sains dan teknologi, angkasa, dan pembinaan kemudahan infrastruktur.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China