Cari:
Perjanjian Kerjasama Syarikat China-India
2015-05-17 14:43:05 CRI Cetak

Perdana Menteri India, Narendra Modi menyaksikan pemeteraian perjanjian kerjasama syarikat China-India yang bernilai USD22 bilion (kira-kira RM78 bilion) di Shanghai, China semalam.

Syarikat China dan India memeterai perjanjian kerjasama tersebut dalam Forum Ekonomi dan Perdagangan China-India anjuran bersama Majlis Promosi Perdagangan Antarabangsa China dan Kedutaan Besar India ke China. Sebanyak lebih 20 perjanjian yang melibatkan sektor sumber tenaga, perdagangan, kewangan dan kawasan industri dimeterai.

Modi ketika berucap dalam forum itu menyatakan bahawa kerjasama perdagangan dapat menggalakkan kesalinghubungan dan pembangunan India dan China. Pihaknya akan menyusun semula dasar dan memperbaiki iklim pelaburan supaya syarikat China dapat berurus niaga di negara itu dengan lebih mudah dan selesa .

Modi mengakhiri lawatan rasmi pertamanya ke China selepas dilantik Perdana Menteri dan berlepas ke India malam semalam.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China