Cari:
Tekad China Pertahan Kedaulatan Tidak Luntur
2015-05-18 11:04:50 CRI Cetak

Menteri Luar China, Wang Yi ketika bertemu dengan Setiausaha Negara AS, John Kerry di Beijing pada 16 Mei lalu telah mengulangi pendirian China dalam isu Laut China Selatan.

Menurut beliau, tekad China untuk mempertahankan kedaulatan dan keutuhan wilayahnya tidak akan luntur. Ini merupakan tuntutan rakyat terhadap kerajaan dan juga hak China.

Pada masa yang sama, China mengekalkan pendirian yang konsisten untuk menyelesaikan pertikaian berkenaan secara damai melalui rundingan langsung antara pihak-pihak terlibat, berasaskan fakta sejarah serta undang-undang antarabangsa. Dasar China ini tidak akan berubah.

Pembinaan di terumbu Kepulauan Nansha adalah dalam ruang lingkup kedaulatan China. China bersedia meningkatkan persefahaman dengan pihak-pihak yang berkenaan melalui dialog. China juga bersedia mengadakan dialog yang perlu dengan AS berdasarkan prinsip saling menghormati.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China