Tentera pakatan yang diketuai Arab Saudi kembali mengebom kumpulan bersenjata Syiah Houthi di Aden, Yaman, beberapa jam selepas tamatnya gencatan senjata selama lima hari untuk memudahkan penyaluran bantuan kemanusiaan.
Menurut seorang pegawai kerajaan Aden yang enggan namanya didedahkan, jet pejuang tentera pakatan telah melancarkan serangan udara terhadap beberapa kawasan yang dikuasai militan Houthi di bandar Aden pada pukul 11.00 malam 17 Mei waktu tempatan. Serangan berkenaan berterusan sehingga pagi keesokan hari. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.