Cari:
RoK, AS Bincang Situasi Semenanjung Korea
2015-05-19 13:26:53 CRI Cetak

Presiden Republik Korea (RoK), Park Geun-hye mengadakan rundingan dengan Setiausaha Negara AS, John Kerry di Seoul pada 18 Mei lalu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Cheongwadae, kedua-dua pihak mengadakan perbincangan yang mendalam tentang usaha memperkukuh hubungan bersekutu, mengintensifkan kerjasama pertahanan, dan bekerjasama menghadapi provokasi daripada Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK).

Menyentuh tentang hubungan AS-DPRK, Kerry berkata bahawa pihaknya sudah bersiap untuk memulihkan hubungan dengan DPRK dan memberikan bantuan kemanusiaan kepada negara itu. Namun, perkara yang paling penting pada masa ini adalah DPRK perlu segera kembali ke meja rundingan bagi mewujudkan keadaan bebas nuklear di Semenanjung Korea. Dalam pada itu, AS dan RoK perlu memperkasakan kerjasama strategik bagi memujuk DPRK mengubah pendiriannya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China