Cari:
Abe Sumber Negatif untuk Pelajari Sejarah
2015-05-19 13:27:29 CRI Cetak

Mantan Perdana Menteri Jepun, Tomiichi Murayama ketika menyampaikan ucapan di Tokyo pada 18 Mei lalu, mengkritik Perdana Menteri, Shinzo Abe sebagai sumber negatif untuk memahami sejarah.

Mengimbas kembali "ucapan Murayama" tentang isu sejarah, mantan Perdana Menteri itu berkata, ucapan tersebut bukan kenyataan peribadi, sebaliknya ia merupakan resolusi yang diluluskan dalam mesyuarat kabinet. Ucapan yang diterima pakai oleh kabinet itu, dianggap sebagai "komitmen Jepun kepada dunia."

Ketika mengulas pendirian dan tindakan Abe berhubung isu sejarah, Murayama berkata, Abe yang dipengaruhi oleh datuknya Nobusuke Kishi tidak ingin menyebut "pencerobohan" dan "penjajahan" serta membuat permohonan maaf. Kemenangan dalam pilihan raya menjadikan Abe lebih berkeyakinan untuk meminda Perlembagaan dan menafikan fakta sejarah.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China