Perdana Menteri China, Li Keqiang tiba di Brasilia petang 18 Mei waktu tempatan untuk memulakan lawatan rasmi di Brazil. Selain Brazil, beliau juga dijadualkan melawat ke tiga negara lain di Amerika Latin iaitu Columbia, Peru dan Chile.
Menurut PM Li, Amerika Latin memainkan peranan yang penting dalam pembangunan dunia. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, hubungan China-Amerika Latin berkembang pesat hingga dinaiktarafkan kepada perkongsian kerjasama komprehensif yang saling menguntungkan.
Beliau berharap lawatannya kali in dapat terus mengukuhkan pertukaran dan persahabatan antara kedua-dua pihak, di samping merancakkan kerjasama dalam bidang industri, perdagangan dan pelaburan.