Cari:
China, Brazil Naiktarafkan Kerjasama Dua Hala
2015-05-20 14:23:41 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang mengadakan rundingan dengan Presiden Brazil, Dilma Rousseff di Brasilia pada 19 Mei waktu tempatan.

PM Li dalam rundingan itu menyatakan hasrat untuk menggariskan rancangan kerjasama dan pelaburan dalam beberapa industri bagi menaiktarafkan kerjasama saling menguntungkan China-Brazil. Kerjasama dua hala ini berfokus kepada pembinaan landasan kereta api, perlombongan, tenaga elektrik dan pembuatan peralatan.

China menggalakkan syarikat domestik memperluas pelaburan di Brazil, serta menyokong kerjasama kedua-dua negara dalam bidang teknologi, kebudayaan, pendidikan dan pelancongan.

Rousseff pula menyatakan kesediaan Brazil untuk memperdalam kerjasama dengan China dalam bidang pembinaan infrastruktur, kewangan, telekomunikasi, pertanian, sumber tenaga dan aeroangkasa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China