Cari:
Teknologi Pembuatan Kenderaan Rel China Matang
2015-05-21 14:19:10 CRI Cetak

China mempunyai teknologi yang matang dan kemampuan yang hebat dalam menghasilkan kenderaan rel. Demikian dinyatakan Perdana Menteri China, Li Keqiang semasa menaiki kereta api bawah tanah yang dihasilkan syarikat China di Rio de Janeiro pada pagi 20 Mei waktu tempatan.

Tambah beliau, kenderaan rel yang dihasilkan China adalah bermutu, malah dengan kos yang rendah, serta boleh memenuhi permintaan pasaran yang berbeza. China bersedia memperkasakan kerjasama dengan Brazil dalam pembinaan infrastruktur dan pembuatan peralatan.

Ketika mengunjungi Pameran Industri Pembuatan Peralatan China di Rio de Janeiro, PM Li berjanji akan memastikan peralatan mesin yang dieksport ke Brazil memenuhi piawaian dari segi kualiti dan perlindungan alam sekitar. Di samping itu, China juga bersedia melabur dalam perkilangan di Brazil dan membantu melatih pekerja tempatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China