Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe dalam sesi perdebatan Diet menolak mengakui takrif dalam Perisytiharan Potsdam mengenai perang pencerobohan Jepun semasa Perang Dunia II.
Dalam perdebatan itu, Pengerusi Parti Komunis Jepun, Kazuo Shii berkata, Perang Dunia II berakhir selepas Jepun menerima Perisytiharan Potsdam. Dalam perisytiharan tersebut, perang yang dilancarkan Jepun dikenal pasti sebagai perang pencerobohan. Beliau menuntut Abe membuat kenyataan yang jelas mengenai hal tersebut.
Bagaimanapun, Abe enggan memberi sebarang penjelasan dengan alasan tidak pernah membaca isi kandungan berkenaan.
Apabila ditanya sama ada mengiktiraf Perisytiharan Potsdam itu atau tidak, Abe sekali lagi menolak membuat komen.