Cari:
Projek di Laut China Selatan Tidak Boleh Dipertikaikan
2015-05-22 12:50:08 CRI Cetak

Dakwaan AS bahawa projek menebus guna tanah yang dijalankan China di Laut China Selatan menimbulkan ketegangan di rantau berkenaan tidak beralasan, malah tidak membantu mengekalkan kesalingpercayaan antara negara-negara serantau serta keamanan di Laut China Selatan.

Jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei semalam berkata, projek di Laut China Selatan adalah dalam ruang lingkup kedaulatan China, dengan tujuan menyediakan perkhidmatan kepada usaha mencari dan menyelamat di laut, pencegahan dan pengurangan bencana serta memastikan keselamatan pelayaran.

China menggesa AS supaya jangan membuat kenyataan tidak bertanggungjawab, yang akan dieksploitasi oleh segelintir negara untuk melakukan provokasi.   

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China