19 orang terbunuh, manakala 100 orang lagi cedera dalam serangan bom berani mati yang dilancarkan terhadap sebuah masjid puak Syiah di kawasan Qatif, timur Arab Saudi semalam.
Menurut laporan media tempatan, serangan itu dilancarkan oleh penyerang dengan meletupkan bom yang dibawanya di masjid berkenaan semasa seramai 150 orang sedang bersolat di situ.
Menurut laporan lagi, serangan berani mati itu adalah dilancarkan oleh kumpulan pelampau "Negara Islam" (IS).