Cari:
Ucapan Xi Jinping Menjadi Tumpuan Perhatian Media Jepun
2015-05-24 15:26:19 CRI Cetak

Ucapan Presiden China, Xi Jinping dalam Perhimpunan Pertukaran Persahabatan China-Jepun pada 23 Mei menjadi tumpuan perhatian media Jepun.

NHK dalam laporannya menyatakan bahawa ini merupakan kali pertama bagi Presiden Xi menyampaikan ucapan di hadapan delegasi Jepun di Balai Agung Rakyat sejak menyandang jawatan Presiden China. Beliau dalam ucapannya menegaskan akan mengekalkan panduan asas negara ini tentang mengembangkan hubungan dengan Jepun, tetapi tidak akan bertolak ansur terhadap kenyataan dan tindakan yang berniat memutarpelitkan sejarah malah mengelokkan sejarah pencerobohan yang dilakukan kumpulan militaris Jepun.

Agensi Berita Kyodo Jepun menyiarkan laporan yang berbunyi bahawa Presiden Xi dalam ucapan itu telah menyatakan kesediaan untuk menerajui persahabatan yang bersemangat kejiranan antara kedua-dua negara. Ucapan yang bakal disampaikan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe bersempena ulang tahun ke-70 berakhirnya Perang Dunia II pada musim panas ini dianggap kunci kepada trend perkembangan hubungan dua hala ini pada masa akan datang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China