Cari:
Pasaran Pekerjaan AS Belum Pulih
2015-05-24 15:27:21 CRI Cetak

Walaupun ekonomi AS sedang pulih daripada krisis kewangan, namun pasaran pekerjaan dan keadaan inflasi masih belum pulih kepada tahap yang sihat. Di samping itu, masa beberapa tahun diperlukan bagi pemulihan kadar faedah kepada paras yang normal. Demikian dinyatakan oleh Pengerusi Dana Simpanan Persekutuan (Fed) AS, Janet Yellen ketika menyampaikan ucapan di negeri Rhodes baru-baru ini.

Jelas Janet, walaupun kadar pengangguran telah menurun pada kadar 5.4% buat masa sekarang, namun ia tidak dapat menggambarkan keadaan pasaran pekerjaan secara menyeluruh. Ramai pekerja terpaksa mengambil kerja sampingan kerana tidak dapat memperoleh pekerjaan yang sepenuh masa. Di samping itu, peningkatan gaji sangat perlahan.

Tambah beliau, kadar inflasi AS dijangka meningkat semula ke 2% seiring dengan harga minyak tidak menurun lagi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China