Cari:
Persidangan Antarabangsa Pembasmian Wabak Ebola dan Pemulihan Pembangunan
2015-05-26 15:10:09 CRI Cetak

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bakal mengadakan persidangan antarabangsa pada bulan Julai ini bagi membincangkan cara membasmi wabak Ebola dan memulihkan pembangunan Afrika Barat. Demikian dinyatakan Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon semalam.

Ki-moon berkata, wabak Ebola yang telah meragut 11,000 nyawa di rantau tersebut mengancam kemajuan masyarakat, ekonomi dan politik tempatan yang sukar dicapai.

Tambah beliau, kadar pertumbuhan di Afrika mencatat 4% pada tahun yang lalu. Peningkatan peruntukan dalam pendidikan, perubatan dan infrastruktur menunjukkan prospek yang lebih cerah. Selain itu, Ban Ki-moon juga menyeru peningkatan perlindungan terhadap kaum wanita dan anak perempuan di kawasan konflik.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China