Cari:
Sidang Tahunan NGO Fokuskan Kerjasama Antikeganasan Asia
2015-05-27 13:37:25 Agensi Berita China Cetak
Sidang tahunan pertama pertubuhan bukan kerajaan(NGO) Persidangan mengenai Interaksi dan Langkah Membina Keyakinan di Asia (CICA) yang diadakan di Beijing pada 26 Mei lalu memberikan tumpuan kepada kerjasama keselamatan rantau dan kerjasama pembanterasan keganasan turut menjadi topik utama yang dibincangkan oleh para perwakilan dalam sidang kali ini.

Mantan Perdana Menteri Pakistan, Raja Pervaiz Ashraf dalam ucapan beliau menyatakan bahawa memerangi keganasan selaras dengan kepentingan bersama pelbagai negara. Negara anggota CICA perlu bekerjasama untuk menghapuskan ancaman keganasan, serta memperhebat pertukaran risikan dan penguatkuasaan undang-undang antara satu sama lain.

Ketua Pengarah Pusat Pengajian Antikeganasan, Institut Hubungan Antarabangsa Kontemporari China (CICIR), Li Wei pula berkata, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pengganas menggunakan laman web untuk melakukan kegiatan keganasan, namun membanteras keganasan siber tidak boleh hanya bergantung pada usaha beberapa negara sahaja. Konsensus daripada pelbagai negara diperlukan untuk menangani masalah tersebut. Li mencadangkan pelbagai negara patut bersama-sama membina kod tindakan siber yang boleh diterima pakai oleh masyarakat antarabangsa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China