Cari:
IMF: Mata Wang RMB Tidak Dipandang Rendah Lagi
2015-05-27 14:23:24 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) semalam mengeluarkan kenyataan bahawa keputusan penilaian terkini pertubuhan tersebut menyaksikan kadar pertukaran sebenar mata wang RMB telah banyak meningkat dalam beberapa tempoh tahun yang lalu. Kini, nilai RMB tidak boleh dipandang rendah lagi.

Menurut kenyataan IMF, kadar pertukaran RMB akan mengalami naik turun berikutan perubahan dasar negara berkenaan. Berhubung dengan mekanisme kadar pertukaran, IMF mencadangkan China melaksanakan langkah-langkah yang menjadikan kadar pertukaran mata wang lebih fleksibel dan mewujudkan kadar pertukaran pengapungan untuk tempoh dua hingga tiga tahun yang akan datang.

IMF mengunjurkan pertumbuhan ekonomi China pada tahun ini akan mencapai 6.8 peratus. Kadar ini juga selaras dengan ramalan pihak berkuasa China sebelum ini. 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China