Cari:
Kambing, Lembu Hantaran Melamar Anak Obama
2015-05-28 14:41:21 CRI Cetak

Felix Kiprono, seorang peguam dari Kenya menyediakan hantaran 50 ekor lembu, 70 ekor biri-biri dan 30 ekor kambing untuk mengahwini anak Presiden Amerika Syarikat, Malia Obama.

Kiprono berkata, dia jatuh hati pada Malia sejak tahun 2008. Sejak itu, dia tidak menjalinkan hubungan dengan mana-mana wanita dan setia kepada Malia.

Dia juga menegaskan bahawa tujuannya melamar anak Presiden itu bukan kerana pangkat dan harta.

Kiprono sedang merangka surat untuk dihantar kepada Obama dan berharap supaya Malia turut dibawa bersama ketika lawatan Presiden itu ke Kenya pada bulan Julai nanti.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China