Cari:
Pinjaman AIIB Tidak Ada Syarat Tambahan
2015-05-28 11:33:24 Agensi Berita China Cetak
Dasar pinjaman Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB) akan mengambil sepenuhnya pengalaman dan iktibar daripada pelbagai institusi multilateral, antaranya termasuklah Bank Dunia (WB), Bank Asia (ADB) dan Bank Pelaburan Eropah (EIB) untuk menepati standard tinggi dalam penilaian projek, pengaruh terhadap persekitaran, perlindungan budaya tempatan dan menjanakan ekonomi. Namun, AIIB tidak akan menambah syarat politik.

Demikian dinyatakan oleh Naib Ketua Pengarah Jabatan Asia Pasifik Kementerian Kewangan China, Zhou Qiangwu dalam Dialog Industri Kesalinghubungan Eropah Asia yang diadakan di Chongqing, provinsi Sichuan, China semalam.

Pada 22 Mei lalu, 57 buah negara anggota pengasas AIIB telah mencapai persetujuan mengenai dasar AIIB dan menetapkan modal yang bernilai USD 100 bilion akan disumbangkan oleh pelbagai negara anggota berkenaan.

Dalam pada itu, Zhou Qiangwu berkata, hal tersebut telah diputuskan oleh semua negara anggota AIIB dengan mengambil kira status infrastruktur di seluruh Asia dan saluran modal yang sedia ada.

Beliau menambah, AIIB komited untuk menaik taraf dan membaiki prasarana di negara Asia yang kurang maju, sekali gus menyunti semangat baharu terhadap pembangunan mampan di rantau Asia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China