Cari:
China Bantah Kegiatan Cabuli Kedaulatan Negara
2015-05-28 13:21:31 Agensi Berita Xinhua China Cetak
China membantah negara-negara tertentu yang mencabuli kedaulatan negara, hak yang sah serta keselamatan pelayaran dan penerbangan China atas alasan kebebasan pelayaran.

Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying berkata demikian semalam.

Hua berkata, kebebasan pelayaran dan penerbangan tidak bermakna pelayaran kapal tentera dan penerbangan pesawat tentera negara asing tidak boleh disekat.

Hua menegaskan, China mempunyai kedaulatan yang tidak boleh dipertikaikan terhadap kepulauan Nansha serta kawasan perairan di sekitarnya. China menjalankan pembinaan yang sah dan dalam lingkungan kedaulatan negara. Semua pihak yang terbabit diharapkan dapat bersikap objektif, adil dan saksama mengenai situasi semasa dan memainkan peranan yang membina demi ketenteraman dan kestabilan kawasan perairan Laut China Selatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China