Cari:
AS Punca Kumpulan Militan Semakin Kuat
2015-05-28 15:39:37 CRI Cetak

Baru-baru ini, Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Ashton Carter mengkritik pasukan tentera Iraq melarikan diri daripada pertempuran dengan kumpulan pengganas Negara Islam(IS) sehingga bandar Ramadi ditawan IS. Sarjana Iraq pula memaklumkan, AS adalah punca sebenar yang menyebabkan IS meluaskan kuasa di Iraq dan Syria dengan cepat, bahkan ke negara-negara di Timur Tengah yang lain.

Profesor Fakulti Politik Universiti Baghdad, Ibrahim Amali mengkritik sikap Carter yang tidak menepati masa. Beliau berkata, kebanyakan rakyat Iraq menganggap AS melaksanakan dasar hegemoni secara sewenang-wenang dalam menangani isu antarabangsa dan mengamalkan dwistandard dalam usaha membanteras keganasan merupakan punca utama yang mengakibatkan situasi yang buruk di Iraq sekarang.

Ibrahim Amali berkata, AS mencerobohi Iraq pada tahun 2003 untuk menggulingkan kerajaan Saddam, kemudian menyokong puak yang dipilih oleh mereka untuk memegang kuasa pentadbiran sehingga melemahkan puak yang lain. Tindakan AS itu telah menyebabkan konflik pelbagai puak agama di Iraq semakin serius dan kegiatan keganasan terus berleluasa. Oleh itu, strategi AS terbukti salah.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China