Cari:
Enam Cadangan Tingkatkan Kerjasama Kastam Antarabangsa
2015-05-29 12:01:26 CRI Cetak

Majlis Penutupan Forum Peringkat Tinggi Kastam Jalur Ekonomi Jalan Sutera dan Jalan Sutera Maritim Abad ke-21 (OBAOR) diadakan di Xi'an China semalam. Pegawai dan wakil kastam daripada lebih 70 buah negara dan kawasan yang terlibat dalam pembinaan "Satu Jalur, Satu Laluan" bersepakat mengumumkan enam cadangan untuk mempertingkatkan kerjasama kastam antarabangsa, mewujudkan kesalinghubungan dalam kalangan kastam antarabangsa, menggalakkan kemudahan perdagangan dengan berkesan dan memajukan proses pembangunan ekonomi serantau.

Enam cadangan tersebut adalah seperti yang berikut, iaitu pertama, mewujudkan kesalinghubungan dalam bidang dasar; kedua, meringkaskan prosedur di pintu sempadan demi meningkatkan kesalinghubungan; ketiga, mewujudkan suasana kesalinghubungan yang adil dan selamat; keempat, menggunakan inovasi sains dan teknologi dalam menyokong kesalinghubungan; kelima, meningkatkan keupayaan untuk menjamin kesalinghubungan; dan keenam, menggalakkan kesalinghubungan dengan sikap keterbukaan dan kerjasama.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China