Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying berkata demikian dalam sidang media hari ini.
Setiausaha Pertahanan AS, Ash Carter ketika menyampaikan ucapan dalam Dialog Shange-rila (SLD) ke-14 yang diadakan di Singapura berkata, skop dan kecepatan projek menambak kawasan pantai yang dilaksanakan China di perairan Laut China Selatan telah melebihi negara-negara yang menuntut hak kedaulatan ke atas Laut China Selatan lain. AS mengesa pelbagai pihak menghentikan projek menambak kawasan pantai, dan menentang tindakan mana-mana pihak yang mengakibatkan terumbu tersebut terlalu dilengkapi peralatan ketenteraan. AS akan terus memelihara kebebasan pelayaran dan penerbangan di Laut China Selatan.
Dalam pada itu, Hua berkata, China mempunyai hak kedaulatan terhadap Laut China Selatan sejak zaman purba, pembinaan yang dilaksanakan oleh China di terumbu tersebut adalah normal dan munasabah. Tuduhan AS tersebut tidak mempedulikan fakta sejarah, undang-undang dan keadaan yang sebenar.