China sentiasa berusaha menjayakan kerjasama yang saling menguntungkan; membina perhubungan antarabangsa model baharu yang sepadan dengan situasi keselamatan pelbagai negara serta permintaan perkembangan mereka; mewujudkan keselamatan yang bersama, komprehensif, bekerjasama dan lestari; serta menempuh jalan keselamatan yang bersama membina, berkongsi dan saling menguntungkan.
Pendirian China itu dibentangkan oleh Naib Ketua Turus Agung Tentera Pembebasan Rakyat(PLA) China, Jeneral Sun Jianguo ketika berucap pada Dialog Shangri-La Ke-14 di Singapura hari ini.
Selain itu, Sun juga memperkenalkan konsep kewujudan "komuniti berkongsi nasib umat manusia" dalam forum itu, di samping memaparkan tekad China dalam menempuh jalan perkembangan yang damai serta memainkan peranan membina dalam memelihara kestabilan dan keselamatan serantau malah dunia.