Cari:
Rakaman Ucapan Tahniah Ketua Negara China, RoK Sempena FTA
2015-06-01 17:00:12 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Republik Korea (RoK), Park Geun-hye saling merakamkan ucapan tahniah atas penandatanganan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) kedua-dua negara yang dimuktamadkan hari ini.

Xi menyifatkan perkara tersebut sebagai satu usaha signifikan dalam memacu kegiatan ekonomi dan perdagangan kedua-dua negara, sekali gus membawa lebih banyak manfaat kepada rakyat.

Dalam pada itu, Park berharap agar rakyat dan perusahaan RoK dan China dapat memanfaatkan perjanjian tersebut kerana perjanjian tersebut bukan sahaja membantu mewujudkan kemakmuran menyeluruh di Asia Timur, malah menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi global.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China