Cari:
Rusia Nekad Tempatkan Senjata Nuklear di Crimea
2015-06-02 14:51:31 CRI Cetak

Kementerian Luar Rusia semalam mendakwa, Moscow memiliki hak untuk menempatkan senjata nuklear di Crimea.

Kenyataan tersebut disuarakan Pengarah Bahagian Pengawalan dan Pengendalian Senjata di kementerian berkenaan, Mikhail Ulyanov ketika mengulas dakwaan pihak Ukraine yang mencela tindakan Rusia menempatkan senjata nuklear di Crimea dan melanggar Undang-undang Antarabangsa.

Ulyanov menyifatkan pandangan Ukraine yang menyatakan penempatan senjata nuklear di Crimea bakal menjejaskan status Ukraine sebagai negara tanpa senjata nuklear adalah tidak masuk akal. Sekiranya mengikut logik, tindakan AS yang menempatkan senjata nuklear di sempadan Kesatuan Eropah juga menjejaskan status negara bebas senjata nuklear.

Dilaporkan, Moscow merancang menempatkan 10 buah pesawat pengebom jarak jauh "Tu-22M" yang membawa senjata nuklear di Crimea.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China