Cari:
Siasatan Perlu Profesional dan Saksama
2015-06-04 14:46:59 CRI Cetak

Kawasan perairan berhampiran dengan lokasi tenggelamnya kapal peranginan China "Bintang Timur" di Sungai Yangtze, Isnin lalu, mula beroperasi semula.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Pengangkutan China, Xu Chengguang pada taklimat media semalam.

Xu berkata, ketika tragedi tersebut berlaku, jabatan maritim dan jabatan keselamatan awam segera mengadakan sekatan pelayaran sepanjang lokasi kejadian bagi memastikan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dapat dijalankan dengan lancar. Setakat petang semalam, kawasan perairan berkenaan telah dibuka semula kepada umum.

Beliau juga memaklumkan, siasatan yang melibatkan kepakaran teknikal akan dilakukan dengan profesional, teliti dan saksama.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China