Cari:
Identiti Mangsa Kapal Karam Dikenal Pasti
2015-06-07 15:17:01 CRI Cetak

Pakar forensik mempergiat usaha mengenal pasti identiti mangsa kejadian kapal karam yang meragut sebanyak 431 nyawa, dengan kebanyakannya warga emas, di Sungai Yangtze, lewat Isnin lalu.

Perkembangan itu dimaklumkan seorang pegawai dari pihak berkuasa provinsi Hubei, Peng Jun dalam taklimat media harian berhubung tragedi itu petang semalam.

Peng berkata, barang peribadi mangsa telah dikumpul dan dilabel. Selepas dibanding dengan sampel DNA anggota keluarga, barang-barang tersebut akan dikembalikan kepada mereka. Beliau juga meminta pihak berkenaan di sepanjang sungai itu supaya memaklumkan jika ternampak barang-barang terapung.

Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri menekankan pentingnya tugas pada masa ini adalah untuk menguburkan korban secara baik-baik dan menenangkan emosi keluarga mangsa.

Para penyelamat bertungkus-lumus untuk membawa keluar mangsa bermula lewat Jumaat hingga awal pagi Sabtu lalu. Dianggarkan seramai 2,504 anggota penyelamat dan 254 buah kapal terlibat dalam operasi berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China