Cari:
Sidang Kemuncak G7 Dirasmikan
2015-06-08 10:08:07 CRI Cetak

Sidang Kemuncak Kumpulan 7 (G7) yang berlangsung selama dua hari dirasmikan di Schloss Elmau, selatan Jerman semalam. Agenda utama bertumpu pada perkongsian perdagangan rentas-Atlantik, hubungan Rusia dengan negara-negara Barat, dan perubahan iklim. Pada masa yang sama, beribu-ribu penunjuk perasaan mengadakan demonstrasi, menentang persidangan itu.

Sebelum perasmian sidang kemuncak tersebut, Canselor Jerman, Angela Merkel mengadakan pertemuan dengan Presiden AS, Barack Obama. Kedua-dua pemimpin menyatakan, negara-negara Barat patut mengekalkan sekatan terhadap Rusia sebelum Perjanjian Minsk yang baharu dilaksanakan sepenuhnya.

Pada hari yang sama, pelbagai protes daripada pertubuhan bukan kerajaan dan kumpulan masyarakat diadakan untuk membantah persidangan tersebut. Mereka berpendapat, G7 memberikan "janji-janji kosong" tentang perubahan iklim dan pembasmian kemiskinan dan menuntut perlindungan iklim global dan pembasmian kemiskinan ditingkatkan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China