Cari:
Kes Jangkitan Wabak MERS Catat 87 di RoK
2015-06-08 12:44:07 CRI Cetak

Kementerian Kesihatan Republik Korea (RoK) hari ini dalam kenyataannya memaklumkan, jumlah yang dijangkiti wabak virus Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS) meningkat kepada 87 orang, sekali gus mencetuskan wabak terbesar penyakit tersebut di luar Arab Saudi pada ketika ini.

Menurut Radio Antarabangsa RoK, antara 23 kes baharu tersebut, 17 orang dijangkiti wabak selepas mempunyai kontak dengan mangsa yang dijangkiti di Hospital Samsung, Seoul. Manakala, enam orang lagi dijangkiti wabak tersebut di dua hospital yang pernah merawat wabak tersebut.

Sementara itu, pemangku Perdana Menteri, Choi Kyung-hwan semalam mengumumkan dasar pencegahan wabak MERS. Dalam pada itu, pihak berkuasa RoK buat pertama kali mendedahkan senarai 24 buah hospital yang pernah merawat kes jangkitan wabak tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China